THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Sunday, December 27, 2009

Anniversary

24 Disember 2009, Anniversary kami yang ke-5, perkenalan kami selama 7 tahun..pada november 2002...nak cerita ler sikit mula2 pertemuan kami.Kami dipertemukan jodoh di tempat kerja yang sama, dari situ ler bermulanya detik2 percintaan..seperti biasa setiap tahun kami akan menyambutnyer, tapi tahun nie special sikit kot..hehehehe..dpt pegi bercuti..kebetulan pada tarikh yang sama Felcra membuat jamuan perpisahan seorang staf Nurul Ain yang akan bertukar ke HQ..apa lagi kami pon mencelah ler sekali di Restoran Kristal..hehehe..kami merancang untuk bercuti ke Port Dickson..tapi tak disangka2 kami pergi bercuti 2 tempat sebelum pergi tempat yang dirancangkan kami pergi ke Putra Jaya 25.12.09 dan keesokan harinya kami bertolak ke PD..sepanjang perjalanan kami ke destinasi yang dituju alhamdullilah..cuaca biasa ler bila time petang jer hujan...kami sampai dalam pukul 3.00ptg..fuuhhh..ramai sungguh orang yang bercuti...mama terus mancari beberapa hotel..semuanye penuh..tapi alhamdulilah tak lama kemudian kami dapat appartment..pada sebelah malam pulak, manja mula dah mengamuk-ngamuk kat restoran makan, tak tahu mengamuk sebab apa..tiba saja makanan yang kami order sampai ke meja terus dia capai nasi dan terus makan..rupanya manja lapar nasi..ermmmm...Thanks my hubby sebab meluangkan masa membawa mama & manja pergi bercuti...I Love U so much...muuuahh....

Sunday, December 20, 2009

Kenduri Kahwin


Dah lama tak update blog nie...Aduhhh!!! penatnyer hari nie,1time menjadi catering kenduri kahwin,ceeewahhhh..konon2 ler...hehehe..hari ini kenduri kahwin sepupu sebelah suami,jadi semua sanak saudara kena ler bergotong royong memasak lak tu..dari semalam lagi dah sibuk sangat..mlm tadi mama biasa ler menyiapkan bunga telur,bungkus jajan..mula2 tu susah ler juga mama menolong sbb manja asyik nak dukung jer tak nak berlekang...uikk..lama2 kat situ dan ramai dah kawan yang sebaya ngan dia baru ler manja mahu bermain2..memang ler ramai sangat orang yang datang,biasa ler kenduri kawin..nasib baik masa waktu makan tu hujan dah pon berhenti,maklum ler kan musim hujan sekarang...

Sunday, November 29, 2009

Tidak Disangka

26 Nov mama dikejutkan dengan berita suamiku.Masa tu mama kerja,adik ipar telefon mama dan beritahu suamiku badannyer dihempap pelepah duri kelapa sawit..mama pun terkejut dan terus balik untuk bawa suamiku ke hospital..tak tahu ler camner perassan mama masa tu..kata orang duri kelapa sawit tu berbisa lagi mama cemas...risau apa2 pulak yang terjadi nanti...tak sedar mama menitiskan air mata bila tengok keadaan suamiku begitu..Sampai di hospital terus menuju kecemasan...tapi syukur Alhamdulillah suamiku tak apa-apa..doktor cuma membersihkan luka dan beri ubat tahan sakit....kepada sesiapa yang terkena duri kelapa sawit ambil buah kelapa sawit lumurkan ditempat yang terkena..Insya-Allah bisa nyer berkurangan....

Kenduri Kesyukuran Bersunat

25 Nov lepas waktu kerja mama dan manja pergi balik ke rumah opah(mertua) sebab malam itu ada kenduri anak buah masuk jawi(sunat).Mama tiba saja dah ramai orang kat rumah yang memasak sekali dengan semua kakak ipar,abang ipar,adik ipar dah ada..sampai saja kat rumah faham-faham saja ler Manja tak akan berlekang kat ketiak mama nyer..sebab ramai sangat kat rumah tu..
Lepas isyak rumah di penuhi dengan timbunan ramai orang yang dijemput..tak sangka juga malam pon ramai..jarang kami buat kenduri sebelah malam...lauk-pauk yang dimasak siang tadi sampai tak cukup dibuatnyer..jadi kami pon masak ler makanan tambahan..hehehe...
Selepas semua selasai ayah(suamiku) hantar kami pulang ke rumah Langkap..sebab hari tu suamiku kerje shif malam...

Saturday, November 14, 2009

BIO-AURA






Teknologi NANO dalam Sistem Penapisan Air

Selaras dengan kemajuan Nano, Bio Aura Hi-Tech Water System turut menggabungkan inovasi saintifik dalamnya. Dengan Nano, ia dapat mencapai fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.


1. Menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat.
2. Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan.
3. Molekul-molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrient.
4. Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh.
5. Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum.
6. Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum.
7. Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan.
8. Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid.
9. Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan.


6 Rekaan Penapis





Penapis A : Ceramic
Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Dapat menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bacteria.

Penapis B : Bactiriostatic Filter Media
Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pertumbuhan bacteria.

Penapis C : KDF + Resin + Activated Carbon
Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA dan FDA National Safety Standards dapat menapis unsure logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bacteria dan rumpair. Unsur Resin pula akan melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral.

Penapis D : Silver Carbon Block
Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsure logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.

Penapis E : Bio-Micro Ball
Teknologi penukar tenaga memecahkan molekul air kepada kelompok air yang lebih kecil secara berkesan supaya dapat diserap dengan senang oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen.

Penapis F : Nano Ceramic ball + Bio-Micro Ball
Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan imunisasi dan fungsi detoksifikas.

PEMBAYARAN ANSURAN SEBANYAK RM 100-200 SEBULAN (RM 2080.00)

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MEMBELI SILA HUBUNGI
hamysah@yahoo.com

Thursday, November 5, 2009

Semua Sudah Selesai

Semalam tengahari mama keluar dari hospital...semuanye sudah selesai.....kesian anak mama Manja kena tinggal kali ke2...dulu 4 hari 3 malam..kali nie 3 hari 2 malam.....tinggal ler Manja dengan ayahnyer,opahnyer dan neneknyer....mama tengah MC selama 2 minggu...tapi penjagaan nyer sama ler macam orang bersalin...rimas pon ada....kena ler ikut dah dok rumah mertua.....hehheehe..

Sunday, November 1, 2009

Kegembiraan bertukar Kesedihan

Khamis 29hb mama pergi ke pusat rawatan Tan Specialist untuk pemeriksaan kandungan ditemani oleh suami...Doktor mengesahkan bahawa kandungan mama tiada perkembangannya..so doktor suruh mama cuci kandungan ini..terserlah di raut wajah suami ku dapat mama rasakan kesedihannya,begitu juga dengan mama..tapi bagi mama dan suami redha apa jua keadaan..ini sudah masuk 2 kali mama cuci kandungan..insya-Allah mudah-mudahan rezeki kami akan datang..

Wednesday, September 30, 2009

Syukur,Alhamdulillah

Penantian yang dinanti-nantikan oleh kami telah dimakbulkan Allah..Manja akan dapat adik..Kegembiraan terserlah dimuka suamiku...(gembira sungguh)..Manja pun dah 2 tahun lebih,dah tiba masanya dia mendapat adik(insya-Allah)..Saya sebenarnye pun tak sangka,kata doktor tadi baru dalam 5 minggu(Poliklinik Dr.azhar,Langkap)..Mengandung kali ini pun sama seperti mengandungkan Manja dulu,tiada apa-apa pun alahan...moga-moga selamat semuanya..

Sunday, September 27, 2009

Syawal Datang Lagi

Dah 8 syawal hari ini..kami sekeluarga dah pun balik ke rumah sendiri...sepanjang syawal saya beraya di rumah mertua..tahun ini semua ipar saya beraya dirumah mertua masing-masing..saya juga yang beraya di rumah mertua..raya kedua baru lah ada ramai yang balik..saya sudah biasa beraya rumah mertua,sejak kawin dulu sampai ler sekarang hari raya pertama mesti rumah mertua,almaklum ler bukan jauh sangat dari rumah sendiri...

Seperti biasa tahun-tahun lalu,memang hari raya pertama rumah mertua menjadi tumpuan, ramai sanak saudara yang berkunjung sampai ler ke malam...

Anak mama Manja sekarang dah pandai tak nak bagi mama simpan duit raya..bila dapat jer duit raya terus simpan sendiri..mama minta pun tak baginyer...ermmm..

Hari raya ketiga selepas penat melayan tetamu yang berkunjung kami pergi ler ke Zoo Taiping,hehehe...tak der tempat lain nak pegi..hehehe...





Sunday, September 6, 2009

15 Ramadhan-Berbuka Di Luar

Dah lama tak update blog nie...malas pulak rasanyer....05 Sept 09 mama,ayah dan manja hari nie berbuka di luar kat "D' Hentian Batu Lapan".First time kami berbuka kat tempat itu..sebab kata member-member mama kat tempat tu makanannyer sedap...sebelum tahun-tahun lepas kami asyik berbuka kat Sutera Indah jer....so mama pun ajak ler ayah pergi ke D'Hentian Batu Lapan..lebih kurang pukul 6.50 kami sampai kat situ terus order makan...kami ingatkan kami dah lambat tapi ada orang yang lambat dari kami....kira ok juga ler masakan kat situ..dah ler kami makan 3 beranak jer..tapi order macam makan 5,6 orang..nasib baik manja tak meragam makan kat kedai hari tu,nampak selera dia pun sedap...biasa ler nampak jer lauk dah terhidang atas meja "mama acik lapo"kata nyer,selalunyer kalau bawa manja makan di kedai memang susah sampai nak naik atas meja..fuuhhh..kesian ayah kena habiskan makanan tu...mama memang dah tak larat nak mengabiskan....lepas kami makan pergi solat..pastu ayah dah tak larat nak bawa kereta...tapi memang best ler makan hari tu ,mana taknyer orang belanja makan..hehehehe..thanks ayah belanja mama dan manja makan...

Saturday, August 22, 2009

1 Ramadhan 1430H - Dirumah

Kini Ramadhan muncul kembali.1 Ramadhan mama berada dirumah bersama manja..tahun ini mama menghadapi 'dugaan'...aik macam upin & ipin lak, sebab manja kan dah besar ...dia dah pandai minta makan bila tiba waktu tengahari,waktu petang..pastu asalkan celik mata bangun dari tidor.."mama nak acik,lapo.."kata manja,tu yang mama terpaksa sabar yeler, masakkan untuk anak manja mama nie..setakat minta susu tu tak apa lagi...tak pe ler asalkan anak mama sihat selalu...

Tapi kan semalam mama ada bagi tahu dia yang esok kita akan mula puasa..mama tanya"esok kita puasa,kita tak bolah makan,tak boleh minum waktu siang,manja nak puasa?".manja menganggungkan kepalanye tanda dia faham apa yang mama katakan padanye....

Pagi tadi mama pergi pasar untuk beli apa yang hendak di masak untuk berbuka..ayah(suami) dah pesan yang dia nak makan pajeri..dah lama mama tak masakan makanan kegemaran suami tercinta..so mama masak special untuk ayah...

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalusetiap masa tak akan dibiarkan begitu sajadi setiap kesempatan juga masa yang terluangalunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkanandai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu malammu engkau sibukkan denganbertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..mengadu...merintih. ..meminta belas kasih"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayangmari kita meriahkan Ramadhankita buru...kita cari...suatu malam idamanyang lebih baik dari seribu bulanandai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu engkau bakal menyediakan batin dan zahirmempersiap diri...rohani dan jasmanimenanti-nanti jemputan Izraildi kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-RahmanDuhai Ilahi....andai ini Ramadhan terakhir buat kamijadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kamimenyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahisemoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nantiNamun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahuiapakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinyayang mampu bagi seorang hamba itu hanyalahberusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN

Thursday, August 20, 2009

Kelewatan Pagi

Kelewatan saya pergi ofis pagi tadi..uuhhhh..memang lambat..nak tahu saya tersedar dari tidor, pukul 7.30pgi..haaa..kan lewat tu...apa lagi celik jer mata tengok jam kat dinding dah pukul 7.30.....saya pun terus ler kelam kabut tak tentu arah dibuatnyer....terus capai towel masuk bilk air,gosok pakaian kerja lak tu dan terus siap..tu nasib baik manja tidor lagi..saya siapkan bekas manja, pakaian dia yang nak dibawa seperti biasa ke umah pengasuh....

Pukul 7.59 saya bergerak keluar...nak tahu, selalunya sampai ofis 20-25 minit,tapi hari ini 10-15 minit jer saya dah sampai ofis...itu pon saya singgah hantar manja dalam keadaan kelam kabut, sampai mama lupa nak cium anak mama tadi.....tapi manja tidor lagi tadi....saya sebenarnyer dah bangun awal seperti biasa tapi tertidor semula so ini ler akibatnyer..hehehehe.......ok ler my husband sudah balik.......

Video Manja



GELAK TAWA BERSAMA SEPUPU



BERGURAU SAMPAI MENANGIS KEPENATAN

JANGAN LUPA LIRIK

Sunday, August 16, 2009

Hai.. Hari Minggu


haii, hari minggu hari2 yang dinantikan oleh mama untk bersama family, ayah dan manja....mama baru jer lepas masak di dapur...semasa mama masak tadi, mama asyik terdengar suara anak mama dan ayah di depan....sebenarnya dua beranak tu sedang mengemas rumah...yang ayah sedang menyapu sawang dan yang si anak asyik menyanyakan apa yang ayah sedang buat.."ayah..ape tu?" tanya sianak.ayahnya pun menjawab..."sawang"..lagi sianaknya bertanya berkali-kali.."ayah..ape tu?"...ayahnya menjawab lagi.."sawang"...dan ayahnya tidak berhenti-henti menjawab soalan anaknya yang berkali-kali bertanya.....macam dalam iklan tv lak...burung apa? burung murai.....mama dari dapur nak ketawa pun ada, melihat dan mendengar celoteh manja yang semakin membesar..

Mama berasa gembira melihat manja semakin hari semakin pintar..apatah lagi sekarang manja semakin petah bercakap,mengira pun pandai...yang mama seronok mendengarnya setiap kali apabila diberi benda kepadanya,manja mesti mengucapkan perkataan 'TERIMA KASIH'.."me asih mama"..ni cerita pagi tadi... ayahnya balik beli susu untuk manja....manja apa lagi dengar saja motor ayahnya dari luar dia pun berlari menuju ke pintu..."yehyeh..ayah alik..eh..susu kakak."kata manja..."me asih ayah.."katanya lagi..kalau manja ada memang riuh saja rumah..kat rumah pengasuh pun sama...kalau nak diikutkan, mama dan ayahnya pendiam, kata opahnyer ler..hehehehe...

Nak sambung cerita lagi hari ni.....baru senyap sikit kat umah sebab manja dah kepenatan dari pagi tadi asyik membebel ajer mulut nye.....hehehe..dah tidoo..
pukul 4.30 ptg manja bangun dan terus bertanyakan ayahnyer..(anak ayah ler katakan)hilang jer ayahnyer depan mata mencari...."mama nak asik...lapo...kakak lapo"kata manja....itu ler gelagat anak mama satu hari bersama dirumah....

Wednesday, August 12, 2009

MC...dan Kesian

hari nie mama mc..dah 2 hari mama rasa badan mama tak sihat...mama pon dah pegi klinik,kata doktor tak der apa2..ayah cakap "kalau ma tak sihat tak yah ler pegi kerja" yang mama nie degil sikit..pegi juga kerja,sbb rasa banyak sangat kerja kat ofis tu nak di siapkan...so,hari nie mmg dah tak rat sangat nak pegi kerja tu yang mc nie..
Pagi tadi anak mama manja cepat lak dia bangun..selalu susah dia bangun pagi....kena angkat bawa ke kereta pon tak sedar kekadang tu....dia tahu kot mamanyer mc hari nie ,so dia tak nak ler pegi umah mak(pengasuh) nyer....ayah bawa ler manja naik kereta nak hantar ke umah mak...mula2 manja ok jer..pastu tengok mama tak naik kereta sama dia apa lagi menangis meraung ler dia dalam kereta tu...heeeeee...sampai sekerat jalan ayah patah semula ke rumah hantar manja yang menangis meraung tu...uuuhhhh...memang dia tak nak pegi tu....kesian juga tengok manja mama...

Monday, August 10, 2009

Kecurian Melanda....

Pagi tadi pukul 6.00pg ayah(suamiku) menerima panggilan dari adiknyer yang berada di kedah beritahu rumah mak iaitu mak mertuaku telah dimasukki pencuri...mama dan ayah terkejut giler terus ayah bersiap pergi balik rumah mak (jeram mengkuang)....patut ler mlm tadi dlm pukul 3.00pg mama terjaga,rasa tidak sedap hati terus memikirkan macam ada org nak masuk dlm rumah.....rupanya perkara ini benar2 terjadi di rumah mak mertuaku....dlm perjalanan mama ke ofis mama call mak....mujur lah mereka tiada apa2..cuma habis barang2 yang berharga diambilnyer...

Friday, July 10, 2009

Besday anak buah

semalam besday anak buah..iaitu abg am...panggilan bagi anak aku manja...selepas magrib majlis hari jadi bermula ....kami bertiga beranak sudah sampai dari petang tadi di rumah mak mertua....ramai ler saudara mara yang hadir ke majlis itu...manja ketika itu meronta-ranta nak kan kek yang ada di situ..."mama nak-nak,nak kek"katanya sambil menunjuk-nunjuk ke arah ker itu..."nanti ler sayang,kek itu abg am punya.lepas abg am tiup lilin baru kita makan yer.."

Thursday, July 9, 2009

Kesian Anak Mama....

ermm...kesian anak mama...malam tadi manja mama kena marah yang amat sangat dengan mama....sampai merajuk tak nak tengok mama...."sorry yer sayang mama"

Wednesday, July 8, 2009

Hari Koprat...

hehehe......hari nie aku dengan kak zana jer yang pakai baju koprat...entah apa2 tah...hehehe...

Selamat Pagi Cikgu........

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.


Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!


Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!


Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!


Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!


Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Tuesday, July 7, 2009

2009

21 Januari 09 (Rabu)
Hari lahir ayah yang ker 34 tahun..ermmm dah tua ayah yer..hehehehe..jangan marah ayah..kebetulan masa tu ayah kerja kerja shift malam..waktu rehat ayah balik rumah,mama dan manja dah siapkan persiapan untuk menyambutnyer....ala..tak ada apa sangat cuma kek saja..makan sekeluarga..


20 Mac 09
Felcra tempat kami bekerja membuat Family day di A'Famosa Melaka,selama 3 hari..






02 Mei 09 (Sabtu)
Hari pertunangan adik ipar..pagi tu kami semua(keluarga sebelah suami)pergi ke majlis itu di Seberang Perak..saya rasa ini first time pergi menghantar orang bertunang..hehehe...


24 Mei 09 (Ahad)
Hari lahir Nur Irdina Husna (Manja) anak mama yang ke 2 tahun..kami menyambutnyer pada 31 Mei 09 (ahad) di rumah Langkap..ramai juga tetamu yang hadir..kali ini manja tidak lagi menangis apabila disuruh memotong kek,malah dia tak sabar-sabar lagi....














25 Jun 09 (Khamis)

Hari lahir mama yang ke 29 tahun....mama tak sangka ayah boleh ingat pada hari tu, ayah balik dari kerja untuk rehat ayah belikan mama kek bukan 1 tapi 2,tu yang mama terkezutt...satu tu kek 'fathers day'sebab sebelum nie tak macam tu..hehehe...tak apaler,apa-apa pun mama harap kasih sayang ayah terhadap mama dan manja berkekalan...thanks ayah(suami tercinta).