Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin...seperti biasa beraya di kampung hubby...tahun nie paling lama mama bercuti raya 1 minggu...kesibukan membuat persiapa raya,ramai adik beradik sebelah hubby balik...
1 syawal(jumaat)-di waktu pagi,persiapan untuk menyediakan menu pagi raya-ketupat,rendang rusa,lemang,nasi impit,nasi tomato dan banyak lagi ler...petang pergi beraya rumah saudara sebelah mama..
2 syawal-biasa ler pergi beraya rumah saudara sebelah hubby sampai ke Ipoh....
Sunday, September 19, 2010
Aidilfitri 2010
Posted by Nor Hamisah Bt Mohd Hassan at 11:50 PM 0 comments
Bercuti Raya
Penghujung Ramadhan,hubby bawa mama dan manja berbuka kat luar..seperti biasa ler setiap tahun mesti ada...
09/09/2010-Khamis-mama sudah mula bercuti raya..biasa ler hari cuti tu ler masa untuk berkemas rumah mana yang patut....nasib baik hubby pon sama menolong mama berkemas..tahun nie kira best juga ler...lepas kami berkemas..hubby ajak mama keluar membuat mama suprise...rupanye hubby membawa mama ke kedai emas untuk membeli subang..cam x caye jer...apa2 pon thanks sayang..I LOVE U so much....
Selepas selesai berkemas petang itu kami pon berangkat pulang ke kampung (Goldstream) jauh tu.......
Posted by Nor Hamisah Bt Mohd Hassan at 11:37 PM 0 comments
Saturday, August 14, 2010
Salam Ramadhan Al Mubarak 1431H
1 Ramadhan-seperti biasa setiap tahun Ramadhan datang lagi....semua umat islam menunaikan ibadah puasa..hari pertama berbuka puasa bersama keluarga.....kebetulan minggu pertama puasa ni hubby keje siang dapat ler berbuka n bersahur bersama.....
5 Ramadhan-minggu nie hubby dah mula keje malam...so,mama,manja,mak dan adik saja yang ada untuk berbuka puasa....tapi hari nie tadi hari minggu...dan mama pon masak ler untuk berbuka tadi...kebetulan hubby petang tadi nak masuk keje...mama bekalkan nyer makanan kegemaran nyer pajeri......dan kebetulan pula adik mama berbuka kat umah tadi....ramai ler kami berbuka puasa tadi...
4 Ramadhan(sabtu)-kerja gila.....tak penah2 mama kerja sampai 10 jam sehari..hahahha... lepas kerja pukul 2.00ptg mama ambil manja terus ke opis semula untuk menyambung kerja yang dikehendaki....jam menunjukkan pukul 5ptg kerja masih belum siap....hubby dah dua kali call,mama masih di opis...manja pulak tak habis2 kacau mama buat kerja...nasib ler bulan pose..sabar jer le....hubby call lagi,menyuruh mama balik sebab dah petang...pukul 7petang kerja yang kami buat telah pon siap...dah ler hujan lak petang tu....mama sampai umah pukul 7.30mlm masa untuk berbuka pose,nasib baik sempat sampai saja...itu lah dia dugaan bulan pose...
Posted by Nor Hamisah Bt Mohd Hassan at 7:15 PM 0 comments
Outstasion Sarawak...
Mama di arahkan pergi ke KS Samarahan...mama dan kawan mama Eija..macam tak percaya jer..memang pon kami tak pernah lepas sendirian outstation sampai ke sana...kami bertolak pada 27-08-10,penerbangan kami Air Asia jam 1.50 petang....nak di buatkan cerita..kami bertolak dr opis 9.00 pagi...kami sebenarnyer tak tahu jalan nak ker KLIA tu..nasib baik ada member kami yang ada dok sana..kami pon minta ler dia tolong tunjukkan jalan...jam menunjukkan pukul 11.30 pagi..mama dan Eija dah gelabah dah sebab kami tak sampai2 lagi..tak lama kemudian member pon sampai..kami pom follow ler dia...tu dia..kami rasa cam jauh lagi....lagi cemas kami di buat nye....eija pon menekan minyak kereta nyer selagi boleh sampai berdiri (bak kata pak bos)..hehehehe..jam 1.00 petang kami tiba di LCCT..mencari parking kereta..kami terus ker kaunter pertanyaan,kami pon cepet2 ler daftar masuk sbb katanya dah nak tutup..apa lagi,lagi ler gelabah di buat nyer...kesian kawan kami tu tak sempat kami nak mengajak makan....kami pon dah masuk ruangan menunggu...satu lagi masalah,mencari toilet sedangkan penerbangan kami telah di panggil...errrmmmm..faham2 jer ler tak yah cerita ler...
semasa dalam flight...penerbangan kami berlepas..mama dah 3 kali ke Sarawak nie..rasa cam biasa jer tak macam first time dulu....Eija yer,dia first time mesti ler seronok....kami tiba di Sarawak jam 3.30 petang..kat sana ada orang mengambil kami..kami menginap di hotel Holiday Inn..
Keesokan hari nyer 28-08-10, kami ke KS Samarahan menjalankan tugas sehingga ke petang...penerbangan kami untuk pulang jam 8.50 malam..kami sempat ler shooping sekejap petang tu..betul kata En.Zahid, datang beg ringan jer,balik berat..hehehehe...biasa ler orang perempuan kalau tak shooping tak sah ler..
Kami tiba di LCCT jam 10.30malam....cadangan mama,kami nak tidor rumah kakak ipar kat Rawang..tapi last minit mama dan eija kata kita boleh balik terus rumah..mama pon ok jer,lagi pon mama dah rindu sangat orang kat rumah tu (manja n hubby)...kami sampai kat rumah jam 1.30 pagi...
Posted by Nor Hamisah Bt Mohd Hassan at 6:11 PM 0 comments
Saturday, June 26, 2010
Besday mama ke-30
Posted by Nor Hamisah Bt Mohd Hassan at 4:43 PM 0 comments
Wednesday, May 26, 2010
Besday Manja ke-3
29-05-2010 -1ptg mana pergi ke teluk intan untuk mengambil kek yang sudah ditempah semalam secret recipe (choc fudge)....
Jam menunjukkan 5ptg...keadaan cuaca semakin lebat hujan mencurah2 bumi...persiapan semua dah tersedia.....dalam fikiran mama dan ayah mungkin tiada ramai yang datang sebab hujan....tapi tidak disangka kedatangan tetamu begitu ramai kawan ayah dan mama...... sampaikan makanan yang tersedia hampir2 tidak mencukupi....alhamdulillah.... majlis tersebut berjalan dengan lancar...
Posted by Nor Hamisah Bt Mohd Hassan at 11:24 PM 0 comments
Wednesday, May 19, 2010
Kebahagiaan dalam perpisahan SHAHIR AF8 (lirik)
Posted by Nor Hamisah Bt Mohd Hassan at 10:40 PM 0 comments
Thursday, January 21, 2010
Selamat Ulang Tahun Sayang
SEMOGA....
-DIPANJANGKAN UMUR & DIMURAHKAN REZEKI SENTIASA .
-MENJADI SUAMI DAN BAPA MITHALI.
-BERJAYA DUNIA & AKHIRAT.
-BAHAGIA KE AKHIR HAYAT.
Posted by Nor Hamisah Bt Mohd Hassan at 5:43 AM 0 comments
Saturday, January 2, 2010
Happy New Year 2010
Happy New Year 2010 untuk semue...pejam celik,pejam celik dah masuk 2010..cepat sungguh masa berlalu..mama pun dah masuk tahun 30-an....apa pun tahun 2009 banyak kenangan manis pahit suka duka yang mama sekeluarga tempuhi.....bagaimana pun masa dan tahun tidak boleh berulang...yang penting mama nak buat yang lebih terbaik dari sebelum ini...01/01/2010 hubby membawa mama dan manja pergi shooping ke JJ Ipoh..biasa ler ada sales,lagi pun nak mengabiskan baucer..hehehe..
Seperti biasa setiap menjelang tahun baru hubby mesti bertanya kepada mama "apa azam mama tahun ini" ermmm....biar ler jawapan itu hanya kita berdua saja yang tahu....hehehe..
HAPPY NEW YEAR 2010
Posted by Nor Hamisah Bt Mohd Hassan at 6:28 PM 0 comments
Sunday, December 27, 2009
Anniversary
Posted by Nor Hamisah Bt Mohd Hassan at 11:15 PM 0 comments
Sunday, December 20, 2009
Kenduri Kahwin
Dah lama tak update blog nie...Aduhhh!!! penatnyer hari nie,1time menjadi catering kenduri kahwin,ceeewahhhh..konon2 ler...hehehe..hari ini kenduri kahwin sepupu sebelah suami,jadi semua sanak saudara kena ler bergotong royong memasak lak tu..dari semalam lagi dah sibuk sangat..mlm tadi mama biasa ler menyiapkan bunga telur,bungkus jajan..mula2 tu susah ler juga mama menolong sbb manja asyik nak dukung jer tak nak berlekang...uikk..lama2 kat situ dan ramai dah kawan yang sebaya ngan dia baru ler manja mahu bermain2..memang ler ramai sangat orang yang datang,biasa ler kenduri kawin..nasib baik masa waktu makan tu hujan dah pon berhenti,maklum ler kan musim hujan sekarang...
Posted by Nor Hamisah Bt Mohd Hassan at 11:39 PM 0 comments
Sunday, November 29, 2009
Tidak Disangka
26 Nov mama dikejutkan dengan berita suamiku.Masa tu mama kerja,adik ipar telefon mama dan beritahu suamiku badannyer dihempap pelepah duri kelapa sawit..mama pun terkejut dan terus balik untuk bawa suamiku ke hospital..tak tahu ler camner perassan mama masa tu..kata orang duri kelapa sawit tu berbisa lagi mama cemas...risau apa2 pulak yang terjadi nanti...tak sedar mama menitiskan air mata bila tengok keadaan suamiku begitu..Sampai di hospital terus menuju kecemasan...tapi syukur Alhamdulillah suamiku tak apa-apa..doktor cuma membersihkan luka dan beri ubat tahan sakit....kepada sesiapa yang terkena duri kelapa sawit ambil buah kelapa sawit lumurkan ditempat yang terkena..Insya-Allah bisa nyer berkurangan....
Posted by Nor Hamisah Bt Mohd Hassan at 10:50 PM 0 comments
Kenduri Kesyukuran Bersunat
25 Nov lepas waktu kerja mama dan manja pergi balik ke rumah opah(mertua) sebab malam itu ada kenduri anak buah masuk jawi(sunat).Mama tiba saja dah ramai orang kat rumah yang memasak sekali dengan semua kakak ipar,abang ipar,adik ipar dah ada..sampai saja kat rumah faham-faham saja ler Manja tak akan berlekang kat ketiak mama nyer..sebab ramai sangat kat rumah tu..
Lepas isyak rumah di penuhi dengan timbunan ramai orang yang dijemput..tak sangka juga malam pon ramai..jarang kami buat kenduri sebelah malam...lauk-pauk yang dimasak siang tadi sampai tak cukup dibuatnyer..jadi kami pon masak ler makanan tambahan..hehehe...
Selepas semua selasai ayah(suamiku) hantar kami pulang ke rumah Langkap..sebab hari tu suamiku kerje shif malam...
Posted by Nor Hamisah Bt Mohd Hassan at 7:55 PM 0 comments
Saturday, November 14, 2009
BIO-AURA
Selaras dengan kemajuan Nano, Bio Aura Hi-Tech Water System turut menggabungkan inovasi saintifik dalamnya. Dengan Nano, ia dapat mencapai fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.
1. Menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat.
2. Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan.
3. Molekul-molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrient.
4. Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh.
5. Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum.
6. Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum.
7. Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan.
8. Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid.
9. Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan.
Penapis A : Ceramic
Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Dapat menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bacteria.
Penapis B : Bactiriostatic Filter Media
Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pertumbuhan bacteria.
Penapis C : KDF + Resin + Activated Carbon
Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA dan FDA National Safety Standards dapat menapis unsure logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bacteria dan rumpair. Unsur Resin pula akan melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral.
Penapis D : Silver Carbon Block
Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsure logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.
Penapis E : Bio-Micro Ball
Teknologi penukar tenaga memecahkan molekul air kepada kelompok air yang lebih kecil secara berkesan supaya dapat diserap dengan senang oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen.
Penapis F : Nano Ceramic ball + Bio-Micro Ball
Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan imunisasi dan fungsi detoksifikas.
PEMBAYARAN ANSURAN SEBANYAK RM 100-200 SEBULAN (RM 2080.00)
KEPADA SESIAPA YANG INGIN MEMBELI SILA HUBUNGI
hamysah@yahoo.com
Posted by Nor Hamisah Bt Mohd Hassan at 2:24 PM 0 comments
Thursday, November 5, 2009
Semua Sudah Selesai
Semalam tengahari mama keluar dari hospital...semuanye sudah selesai.....kesian anak mama Manja kena tinggal kali ke2...dulu 4 hari 3 malam..kali nie 3 hari 2 malam.....tinggal ler Manja dengan ayahnyer,opahnyer dan neneknyer....mama tengah MC selama 2 minggu...tapi penjagaan nyer sama ler macam orang bersalin...rimas pon ada....kena ler ikut dah dok rumah mertua.....hehheehe..
Posted by Nor Hamisah Bt Mohd Hassan at 9:42 PM 0 comments
Sunday, November 1, 2009
Kegembiraan bertukar Kesedihan
Khamis 29hb mama pergi ke pusat rawatan Tan Specialist untuk pemeriksaan kandungan ditemani oleh suami...Doktor mengesahkan bahawa kandungan mama tiada perkembangannya..so doktor suruh mama cuci kandungan ini..terserlah di raut wajah suami ku dapat mama rasakan kesedihannya,begitu juga dengan mama..tapi bagi mama dan suami redha apa jua keadaan..ini sudah masuk 2 kali mama cuci kandungan..insya-Allah mudah-mudahan rezeki kami akan datang..
Posted by Nor Hamisah Bt Mohd Hassan at 8:38 AM 0 comments
Wednesday, September 30, 2009
Syukur,Alhamdulillah
Penantian yang dinanti-nantikan oleh kami telah dimakbulkan Allah..Manja akan dapat adik..Kegembiraan terserlah dimuka suamiku...(gembira sungguh)..Manja pun dah 2 tahun lebih,dah tiba masanya dia mendapat adik(insya-Allah)..Saya sebenarnye pun tak sangka,kata doktor tadi baru dalam 5 minggu(Poliklinik Dr.azhar,Langkap)..Mengandung kali ini pun sama seperti mengandungkan Manja dulu,tiada apa-apa pun alahan...moga-moga selamat semuanya..
Posted by Nor Hamisah Bt Mohd Hassan at 8:30 PM 0 comments
Sunday, September 27, 2009
Syawal Datang Lagi
Dah 8 syawal hari ini..kami sekeluarga dah pun balik ke rumah sendiri...sepanjang syawal saya beraya di rumah mertua..tahun ini semua ipar saya beraya dirumah mertua masing-masing..saya juga yang beraya di rumah mertua..raya kedua baru lah ada ramai yang balik..saya sudah biasa beraya rumah mertua,sejak kawin dulu sampai ler sekarang hari raya pertama mesti rumah mertua,almaklum ler bukan jauh sangat dari rumah sendiri...
Posted by Nor Hamisah Bt Mohd Hassan at 8:30 PM 0 comments
Sunday, September 6, 2009
15 Ramadhan-Berbuka Di Luar
Dah lama tak update blog nie...malas pulak rasanyer....05 Sept 09 mama,ayah dan manja hari nie berbuka di luar kat "D' Hentian Batu Lapan".First time kami berbuka kat tempat itu..sebab kata member-member mama kat tempat tu makanannyer sedap...sebelum tahun-tahun lepas kami asyik berbuka kat Sutera Indah jer....so mama pun ajak ler ayah pergi ke D'Hentian Batu Lapan..lebih kurang pukul 6.50 kami sampai kat situ terus order makan...kami ingatkan kami dah lambat tapi ada orang yang lambat dari kami....kira ok juga ler masakan kat situ..dah ler kami makan 3 beranak jer..tapi order macam makan 5,6 orang..nasib baik manja tak meragam makan kat kedai hari tu,nampak selera dia pun sedap...biasa ler nampak jer lauk dah terhidang atas meja "mama acik lapo"kata nyer,selalunyer kalau bawa manja makan di kedai memang susah sampai nak naik atas meja..fuuhhh..kesian ayah kena habiskan makanan tu...mama memang dah tak larat nak mengabiskan....lepas kami makan pergi solat..pastu ayah dah tak larat nak bawa kereta...tapi memang best ler makan hari tu ,mana taknyer orang belanja makan..hehehehe..thanks ayah belanja mama dan manja makan...
Posted by Nor Hamisah Bt Mohd Hassan at 2:41 PM 0 comments
