THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Sunday, November 29, 2009

Kenduri Kesyukuran Bersunat

25 Nov lepas waktu kerja mama dan manja pergi balik ke rumah opah(mertua) sebab malam itu ada kenduri anak buah masuk jawi(sunat).Mama tiba saja dah ramai orang kat rumah yang memasak sekali dengan semua kakak ipar,abang ipar,adik ipar dah ada..sampai saja kat rumah faham-faham saja ler Manja tak akan berlekang kat ketiak mama nyer..sebab ramai sangat kat rumah tu..
Lepas isyak rumah di penuhi dengan timbunan ramai orang yang dijemput..tak sangka juga malam pon ramai..jarang kami buat kenduri sebelah malam...lauk-pauk yang dimasak siang tadi sampai tak cukup dibuatnyer..jadi kami pon masak ler makanan tambahan..hehehe...
Selepas semua selasai ayah(suamiku) hantar kami pulang ke rumah Langkap..sebab hari tu suamiku kerje shif malam...

Saturday, November 14, 2009

BIO-AURA






Teknologi NANO dalam Sistem Penapisan Air

Selaras dengan kemajuan Nano, Bio Aura Hi-Tech Water System turut menggabungkan inovasi saintifik dalamnya. Dengan Nano, ia dapat mencapai fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.


1. Menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat.
2. Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan.
3. Molekul-molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrient.
4. Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh.
5. Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum.
6. Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum.
7. Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan.
8. Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid.
9. Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan.


6 Rekaan Penapis





Penapis A : Ceramic
Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Dapat menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bacteria.

Penapis B : Bactiriostatic Filter Media
Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pertumbuhan bacteria.

Penapis C : KDF + Resin + Activated Carbon
Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA dan FDA National Safety Standards dapat menapis unsure logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bacteria dan rumpair. Unsur Resin pula akan melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral.

Penapis D : Silver Carbon Block
Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsure logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.

Penapis E : Bio-Micro Ball
Teknologi penukar tenaga memecahkan molekul air kepada kelompok air yang lebih kecil secara berkesan supaya dapat diserap dengan senang oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen.

Penapis F : Nano Ceramic ball + Bio-Micro Ball
Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan imunisasi dan fungsi detoksifikas.

PEMBAYARAN ANSURAN SEBANYAK RM 100-200 SEBULAN (RM 2080.00)

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MEMBELI SILA HUBUNGI
hamysah@yahoo.com

Thursday, November 5, 2009

Semua Sudah Selesai

Semalam tengahari mama keluar dari hospital...semuanye sudah selesai.....kesian anak mama Manja kena tinggal kali ke2...dulu 4 hari 3 malam..kali nie 3 hari 2 malam.....tinggal ler Manja dengan ayahnyer,opahnyer dan neneknyer....mama tengah MC selama 2 minggu...tapi penjagaan nyer sama ler macam orang bersalin...rimas pon ada....kena ler ikut dah dok rumah mertua.....hehheehe..

Sunday, November 1, 2009

Kegembiraan bertukar Kesedihan

Khamis 29hb mama pergi ke pusat rawatan Tan Specialist untuk pemeriksaan kandungan ditemani oleh suami...Doktor mengesahkan bahawa kandungan mama tiada perkembangannya..so doktor suruh mama cuci kandungan ini..terserlah di raut wajah suami ku dapat mama rasakan kesedihannya,begitu juga dengan mama..tapi bagi mama dan suami redha apa jua keadaan..ini sudah masuk 2 kali mama cuci kandungan..insya-Allah mudah-mudahan rezeki kami akan datang..

Wednesday, September 30, 2009

Syukur,Alhamdulillah

Penantian yang dinanti-nantikan oleh kami telah dimakbulkan Allah..Manja akan dapat adik..Kegembiraan terserlah dimuka suamiku...(gembira sungguh)..Manja pun dah 2 tahun lebih,dah tiba masanya dia mendapat adik(insya-Allah)..Saya sebenarnye pun tak sangka,kata doktor tadi baru dalam 5 minggu(Poliklinik Dr.azhar,Langkap)..Mengandung kali ini pun sama seperti mengandungkan Manja dulu,tiada apa-apa pun alahan...moga-moga selamat semuanya..

Sunday, September 27, 2009

Syawal Datang Lagi

Dah 8 syawal hari ini..kami sekeluarga dah pun balik ke rumah sendiri...sepanjang syawal saya beraya di rumah mertua..tahun ini semua ipar saya beraya dirumah mertua masing-masing..saya juga yang beraya di rumah mertua..raya kedua baru lah ada ramai yang balik..saya sudah biasa beraya rumah mertua,sejak kawin dulu sampai ler sekarang hari raya pertama mesti rumah mertua,almaklum ler bukan jauh sangat dari rumah sendiri...

Seperti biasa tahun-tahun lalu,memang hari raya pertama rumah mertua menjadi tumpuan, ramai sanak saudara yang berkunjung sampai ler ke malam...

Anak mama Manja sekarang dah pandai tak nak bagi mama simpan duit raya..bila dapat jer duit raya terus simpan sendiri..mama minta pun tak baginyer...ermmm..

Hari raya ketiga selepas penat melayan tetamu yang berkunjung kami pergi ler ke Zoo Taiping,hehehe...tak der tempat lain nak pegi..hehehe...





Sunday, September 6, 2009

15 Ramadhan-Berbuka Di Luar

Dah lama tak update blog nie...malas pulak rasanyer....05 Sept 09 mama,ayah dan manja hari nie berbuka di luar kat "D' Hentian Batu Lapan".First time kami berbuka kat tempat itu..sebab kata member-member mama kat tempat tu makanannyer sedap...sebelum tahun-tahun lepas kami asyik berbuka kat Sutera Indah jer....so mama pun ajak ler ayah pergi ke D'Hentian Batu Lapan..lebih kurang pukul 6.50 kami sampai kat situ terus order makan...kami ingatkan kami dah lambat tapi ada orang yang lambat dari kami....kira ok juga ler masakan kat situ..dah ler kami makan 3 beranak jer..tapi order macam makan 5,6 orang..nasib baik manja tak meragam makan kat kedai hari tu,nampak selera dia pun sedap...biasa ler nampak jer lauk dah terhidang atas meja "mama acik lapo"kata nyer,selalunyer kalau bawa manja makan di kedai memang susah sampai nak naik atas meja..fuuhhh..kesian ayah kena habiskan makanan tu...mama memang dah tak larat nak mengabiskan....lepas kami makan pergi solat..pastu ayah dah tak larat nak bawa kereta...tapi memang best ler makan hari tu ,mana taknyer orang belanja makan..hehehehe..thanks ayah belanja mama dan manja makan...