THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Sunday, December 27, 2009

Anniversary

24 Disember 2009, Anniversary kami yang ke-5, perkenalan kami selama 7 tahun..pada november 2002...nak cerita ler sikit mula2 pertemuan kami.Kami dipertemukan jodoh di tempat kerja yang sama, dari situ ler bermulanya detik2 percintaan..seperti biasa setiap tahun kami akan menyambutnyer, tapi tahun nie special sikit kot..hehehehe..dpt pegi bercuti..kebetulan pada tarikh yang sama Felcra membuat jamuan perpisahan seorang staf Nurul Ain yang akan bertukar ke HQ..apa lagi kami pon mencelah ler sekali di Restoran Kristal..hehehe..kami merancang untuk bercuti ke Port Dickson..tapi tak disangka2 kami pergi bercuti 2 tempat sebelum pergi tempat yang dirancangkan kami pergi ke Putra Jaya 25.12.09 dan keesokan harinya kami bertolak ke PD..sepanjang perjalanan kami ke destinasi yang dituju alhamdullilah..cuaca biasa ler bila time petang jer hujan...kami sampai dalam pukul 3.00ptg..fuuhhh..ramai sungguh orang yang bercuti...mama terus mancari beberapa hotel..semuanye penuh..tapi alhamdulilah tak lama kemudian kami dapat appartment..pada sebelah malam pulak, manja mula dah mengamuk-ngamuk kat restoran makan, tak tahu mengamuk sebab apa..tiba saja makanan yang kami order sampai ke meja terus dia capai nasi dan terus makan..rupanya manja lapar nasi..ermmmm...Thanks my hubby sebab meluangkan masa membawa mama & manja pergi bercuti...I Love U so much...muuuahh....

Sunday, December 20, 2009

Kenduri Kahwin


Dah lama tak update blog nie...Aduhhh!!! penatnyer hari nie,1time menjadi catering kenduri kahwin,ceeewahhhh..konon2 ler...hehehe..hari ini kenduri kahwin sepupu sebelah suami,jadi semua sanak saudara kena ler bergotong royong memasak lak tu..dari semalam lagi dah sibuk sangat..mlm tadi mama biasa ler menyiapkan bunga telur,bungkus jajan..mula2 tu susah ler juga mama menolong sbb manja asyik nak dukung jer tak nak berlekang...uikk..lama2 kat situ dan ramai dah kawan yang sebaya ngan dia baru ler manja mahu bermain2..memang ler ramai sangat orang yang datang,biasa ler kenduri kawin..nasib baik masa waktu makan tu hujan dah pon berhenti,maklum ler kan musim hujan sekarang...

Sunday, November 29, 2009

Tidak Disangka

26 Nov mama dikejutkan dengan berita suamiku.Masa tu mama kerja,adik ipar telefon mama dan beritahu suamiku badannyer dihempap pelepah duri kelapa sawit..mama pun terkejut dan terus balik untuk bawa suamiku ke hospital..tak tahu ler camner perassan mama masa tu..kata orang duri kelapa sawit tu berbisa lagi mama cemas...risau apa2 pulak yang terjadi nanti...tak sedar mama menitiskan air mata bila tengok keadaan suamiku begitu..Sampai di hospital terus menuju kecemasan...tapi syukur Alhamdulillah suamiku tak apa-apa..doktor cuma membersihkan luka dan beri ubat tahan sakit....kepada sesiapa yang terkena duri kelapa sawit ambil buah kelapa sawit lumurkan ditempat yang terkena..Insya-Allah bisa nyer berkurangan....

Kenduri Kesyukuran Bersunat

25 Nov lepas waktu kerja mama dan manja pergi balik ke rumah opah(mertua) sebab malam itu ada kenduri anak buah masuk jawi(sunat).Mama tiba saja dah ramai orang kat rumah yang memasak sekali dengan semua kakak ipar,abang ipar,adik ipar dah ada..sampai saja kat rumah faham-faham saja ler Manja tak akan berlekang kat ketiak mama nyer..sebab ramai sangat kat rumah tu..
Lepas isyak rumah di penuhi dengan timbunan ramai orang yang dijemput..tak sangka juga malam pon ramai..jarang kami buat kenduri sebelah malam...lauk-pauk yang dimasak siang tadi sampai tak cukup dibuatnyer..jadi kami pon masak ler makanan tambahan..hehehe...
Selepas semua selasai ayah(suamiku) hantar kami pulang ke rumah Langkap..sebab hari tu suamiku kerje shif malam...

Saturday, November 14, 2009

BIO-AURA






Teknologi NANO dalam Sistem Penapisan Air

Selaras dengan kemajuan Nano, Bio Aura Hi-Tech Water System turut menggabungkan inovasi saintifik dalamnya. Dengan Nano, ia dapat mencapai fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.


1. Menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat.
2. Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan.
3. Molekul-molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrient.
4. Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh.
5. Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum.
6. Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum.
7. Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan.
8. Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid.
9. Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan.


6 Rekaan Penapis





Penapis A : Ceramic
Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Dapat menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bacteria.

Penapis B : Bactiriostatic Filter Media
Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pertumbuhan bacteria.

Penapis C : KDF + Resin + Activated Carbon
Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA dan FDA National Safety Standards dapat menapis unsure logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bacteria dan rumpair. Unsur Resin pula akan melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral.

Penapis D : Silver Carbon Block
Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsure logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.

Penapis E : Bio-Micro Ball
Teknologi penukar tenaga memecahkan molekul air kepada kelompok air yang lebih kecil secara berkesan supaya dapat diserap dengan senang oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen.

Penapis F : Nano Ceramic ball + Bio-Micro Ball
Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan imunisasi dan fungsi detoksifikas.

PEMBAYARAN ANSURAN SEBANYAK RM 100-200 SEBULAN (RM 2080.00)

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MEMBELI SILA HUBUNGI
hamysah@yahoo.com

Thursday, November 5, 2009

Semua Sudah Selesai

Semalam tengahari mama keluar dari hospital...semuanye sudah selesai.....kesian anak mama Manja kena tinggal kali ke2...dulu 4 hari 3 malam..kali nie 3 hari 2 malam.....tinggal ler Manja dengan ayahnyer,opahnyer dan neneknyer....mama tengah MC selama 2 minggu...tapi penjagaan nyer sama ler macam orang bersalin...rimas pon ada....kena ler ikut dah dok rumah mertua.....hehheehe..

Sunday, November 1, 2009

Kegembiraan bertukar Kesedihan

Khamis 29hb mama pergi ke pusat rawatan Tan Specialist untuk pemeriksaan kandungan ditemani oleh suami...Doktor mengesahkan bahawa kandungan mama tiada perkembangannya..so doktor suruh mama cuci kandungan ini..terserlah di raut wajah suami ku dapat mama rasakan kesedihannya,begitu juga dengan mama..tapi bagi mama dan suami redha apa jua keadaan..ini sudah masuk 2 kali mama cuci kandungan..insya-Allah mudah-mudahan rezeki kami akan datang..