THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Wednesday, May 26, 2010

Besday Manja ke-3



Pada 24-05-2010 pada hari isnin... lepas balik dari kerja mama singgah kedai kek untuk beli kek hari jadi anak mama..sebab malam nie anak mama nak potong kek....pejam celik,pejam celik dah besar anak mama 3 tahun..cepat sungguh masa berlalu..bila ditanya "apa kakak nak hadiah tahun nie"? jawab nye "basikal" Perancangan mama dan ayah akan buat besday party pada hari sabtu nie..seperti tahun2 sudah...biasa ler mama,setiap hari jadi mesti ada kek..

29-05-2010 -1ptg mana pergi ke teluk intan untuk mengambil kek yang sudah ditempah semalam secret recipe (choc fudge)....
Jam menunjukkan 5ptg...keadaan cuaca semakin lebat hujan mencurah2 bumi...persiapan semua dah tersedia.....dalam fikiran mama dan ayah mungkin tiada ramai yang datang sebab hujan....tapi tidak disangka kedatangan tetamu begitu ramai kawan ayah dan mama...... sampaikan makanan yang tersedia hampir2 tidak mencukupi....alhamdulillah.... majlis tersebut berjalan dengan lancar...

Wednesday, May 19, 2010

Kebahagiaan dalam perpisahan SHAHIR AF8 (lirik)

azad jazmin-suara rindu with lyrics

Thursday, January 21, 2010

Selamat Ulang Tahun Sayang

Petang semalam aku diarahkan untuk pergi ke HQ, sebab ada perbincangan dengan big bos masalah prosuder baru kerja kami....dah ler hari ini hari lahir ayah(suamiku)..segala perancangan mama yang telah dirancang sedikit terganggu..maklum ler pergi KL pagi2 lagi.. Sempena ulang tahun hubby hari ini mama buat kek speacial untuk hubby tercinta iaitu kek pulut dan rendang...


SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YG KE-35 BUAT HUBBY TERCINTA,EN.IZNI B.HJ.IDRIS....
SEMOGA....

-DIPANJANGKAN UMUR & DIMURAHKAN REZEKI SENTIASA .
-MENJADI SUAMI DAN BAPA MITHALI.
-BERJAYA DUNIA & AKHIRAT.
-BAHAGIA KE AKHIR HAYAT.

Saturday, January 2, 2010

Happy New Year 2010

Happy New Year 2010 untuk semue...pejam celik,pejam celik dah masuk 2010..cepat sungguh masa berlalu..mama pun dah masuk tahun 30-an....apa pun tahun 2009 banyak kenangan manis pahit suka duka yang mama sekeluarga tempuhi.....bagaimana pun masa dan tahun tidak boleh berulang...yang penting mama nak buat yang lebih terbaik dari sebelum ini...01/01/2010 hubby membawa mama dan manja pergi shooping ke JJ Ipoh..biasa ler ada sales,lagi pun nak mengabiskan baucer..hehehe..
Seperti biasa setiap menjelang tahun baru hubby mesti bertanya kepada mama "apa azam mama tahun ini" ermmm....biar ler jawapan itu hanya kita berdua saja yang tahu....hehehe..


HAPPY NEW YEAR 2010

Sunday, December 27, 2009

Anniversary

24 Disember 2009, Anniversary kami yang ke-5, perkenalan kami selama 7 tahun..pada november 2002...nak cerita ler sikit mula2 pertemuan kami.Kami dipertemukan jodoh di tempat kerja yang sama, dari situ ler bermulanya detik2 percintaan..seperti biasa setiap tahun kami akan menyambutnyer, tapi tahun nie special sikit kot..hehehehe..dpt pegi bercuti..kebetulan pada tarikh yang sama Felcra membuat jamuan perpisahan seorang staf Nurul Ain yang akan bertukar ke HQ..apa lagi kami pon mencelah ler sekali di Restoran Kristal..hehehe..kami merancang untuk bercuti ke Port Dickson..tapi tak disangka2 kami pergi bercuti 2 tempat sebelum pergi tempat yang dirancangkan kami pergi ke Putra Jaya 25.12.09 dan keesokan harinya kami bertolak ke PD..sepanjang perjalanan kami ke destinasi yang dituju alhamdullilah..cuaca biasa ler bila time petang jer hujan...kami sampai dalam pukul 3.00ptg..fuuhhh..ramai sungguh orang yang bercuti...mama terus mancari beberapa hotel..semuanye penuh..tapi alhamdulilah tak lama kemudian kami dapat appartment..pada sebelah malam pulak, manja mula dah mengamuk-ngamuk kat restoran makan, tak tahu mengamuk sebab apa..tiba saja makanan yang kami order sampai ke meja terus dia capai nasi dan terus makan..rupanya manja lapar nasi..ermmmm...Thanks my hubby sebab meluangkan masa membawa mama & manja pergi bercuti...I Love U so much...muuuahh....

Sunday, December 20, 2009

Kenduri Kahwin


Dah lama tak update blog nie...Aduhhh!!! penatnyer hari nie,1time menjadi catering kenduri kahwin,ceeewahhhh..konon2 ler...hehehe..hari ini kenduri kahwin sepupu sebelah suami,jadi semua sanak saudara kena ler bergotong royong memasak lak tu..dari semalam lagi dah sibuk sangat..mlm tadi mama biasa ler menyiapkan bunga telur,bungkus jajan..mula2 tu susah ler juga mama menolong sbb manja asyik nak dukung jer tak nak berlekang...uikk..lama2 kat situ dan ramai dah kawan yang sebaya ngan dia baru ler manja mahu bermain2..memang ler ramai sangat orang yang datang,biasa ler kenduri kawin..nasib baik masa waktu makan tu hujan dah pon berhenti,maklum ler kan musim hujan sekarang...